Saturday, March 27, 2010

Membina idea di Blogspot

Semua semacam santai sahaja bloggers Blogspot. Dalam kebanyakan lilauan saya didapati banyak bloggers menggunakan Blogspot sebagai gelanggang penulisan mereka. Lama kelamaan saya berminat untuk berada bersama blogspot.

Ketiadaan semua isi rumah keluar makan angin, saya gunakan untuk berhadapan dengan kesempatan yang ada di depan komputer. Ke sana sini bersantai di blogspot yang berkecamuk di paparan screen usang di bilik anak saya.

Kesempatan 'sepi' tanpa cucu (sentiasa melakukan amukan sumbang mereka) yang telah bersama makan angin dengan ibubapa mereka, saya sempat sedikit-sedikit belajar di blogspot ini. Seronok juga pencen2 ni menghabiskan masa selain dari :

www.gurubesarpencen.com dan saya kena belajar dengan: nurzamanonline.blogspot

5 comments:

  1. GB Pencen tu hebat nukilan penulisannya, tuan belum lagi buat lakaran. Mari kita lakarkan sesuatu mencetus idea... best!

    Selamat berkenalan dengan dunia blog

    ReplyDelete
  2. Moga-moga, akan ada entri nukilan pengalaman yang boleh dokongsi-kongsikan bersama..tak gitu tuan?

    ReplyDelete
  3. Saya set blog dengan blogspot.. kemudian saya cari tak jumpa, hari ini 10.06.2010 baru jumpa balik... itu lah jadinya kalau ilmu tu kurang.

    ReplyDelete
  4. congratulation! ceria umah baru ni. nanti pelan-pelan boleh tambah apa saja yang diminati. boleh dapat dari kawan-kawan bloggers. sayapun baru mengenali dunia ini. masih belum terlambat. sama-samalah kita berblog secara positif...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih En Azlan and Jay..

    Saya masih tercari-cari... kerana tuan / puan sudah menemui rentak sebagai bloggers yang hebat.. pada saya.

    Terima kasih sekali lagi...

    .. masih mencari di mana saya nak reply komen... ha.. ha..

    ReplyDelete