Sunday, December 4, 2011

Kehidupan - yang serba mengena.

Gambar 37 tahun dulu...

Lama mencari semula blog saya yang tertinggal, baru jumpa semula setelah puas berputar-putar.

Sudah berlalu masa. 60 tahun (December 6 nanti) rasanya sangat lama di dunia ini. Tidaklah sebagai seorang pejuang yang berjasa, atau pemimpin yang banyak meninggalkan kriasma, saya juga seperti mereka banyak mengimbau perjalanan yang sangat berharga.Satu demi satu ditempuhi penuh dengan ceritra yang menjadi kenangan suka dan luka.

Apa yang penting kini usia 'emas' (perkataan baru) semua bicara semuanya menjadi serba kena. Tidak seperti sebelum ini semua bicara menjadi serba tak kena dan tidak mengena. Saya ingin menulis mengenai serba mengena - secara ringkas (dek kekangan masa). Ceritanya begini:

Kini apa yang dibuat semua mengena kerana ianya sudah tidak perlu lagi sasaran yang tepat. Kalau dulu bercita-cita nak jadi kaya, sekarang sudahpun kaya. Kalau dulu bercita-cita nak memiliki rumah, sekarang dah ada mahligai. Dulu bercita-cita nak memiliki kereta, sekarang sudah ada kereta mewah. Dulu bercitia-cita nak anak yang berpangkat tinggi pun sudah ada, tambah dengan ada cucu lagi pulak.

Pendek kata semua sudah ada...

Sekarang masih terus sihat ... itu sudah kaya.
Rumah pun sudah ada ... sebuah rumah teres yang selesa.
Sebuat Proton Wira (1995) ... jarang rosak dan ada aircon.
Anak sudah bekerja ... walaupun kerja biasa tapi cukup-cukup makan.
Cucu pun sihat ... suka bermain dengan saya.

Jadi semuanya sudah mengena.

Kesimpulannya :
Tiada ada sesuatupun di dunia ini yang akan membahagiakan sesorang kecuali kita bahagia dengan apa yang ada.

Yang penting:
kita selalu bersyukur dan kita akan terasa nikmat kehidupan di dunia yang hanya dipinjamkan ini.

Sunday, July 18, 2010

di takdirkan dan meredhakan...

Setiap kali saya mendengar pengajian, setiap kali saya mengakurkannya. Sambil ustaz berceramah, saya mengimbaukan kenangan lalu yang sudah lebih setengah abad + satu dekad. Semua kata-kata ustaz benar belaka, baik belaka dan sesuai belaka juga pastinya semua boleh dan kena / mesti pakai guna. Maka teringat perkataan 'taqwa'

Setiap kali khutbah Jumaat dibacakan, perkataan 'taqwa akan di sebut. Rupa-rupanya terjemahan perkataan 'taqwa' itu amat mudah... merendah diri. Diarahkan kepada kita untuk "merendah diri"

Sepanjang ingatan saya, saya jarang meninggi diri. Saya selalu merendah diri. Yang saya pasti, sikap itu telah menjadikan saya mempunyai ramai kawan dari lapisan yang paling rendah hingga ke lapisan masyarakat dan adik beradik yang tinggi - martabatnya. Kadang-kadang ada yang marahkan saya kerana sikap itu. Tetapi, saya akan selalunya begitu.

Sikap merendah diri itu menyebabkan saya selalu keletihan dan kepenatan kerana menjalankan tugas yang bukan tugas saya seperti mencuci pejabat saya sendiri, melakukan kerja dan tugas sendiri walaupun mampu untuk meminta rakan yang berjawatan di bawah saya melakukannya.

Betulkah itu 'taqwa' namanya ? Itukah yang dimaksudkan taqwa? Adakah 'taqwa' begini diterima Allah ? Adakah dengan saya membasuh pakaian dalam saya sendiri pada setiap kali saya masuk mandi di bilik air - tanpa menyuruh isteri saya melakukannya itu satu taqwa ?

...di hujung perjalanan ... tetap akan melakukan sebegitu, saya tidak mahu mengubahnya.. maafkan saya !.

Friday, July 9, 2010

Kenduri untuk yang alim

Buka pintu pagi ini kelihatan ramai jiran setaman berpakaian rasmi ibadat berjalan ke sebuah rumah yang terlindung dari pandangan saya. Saya mengagakkan bahawa rumah cik gu Ya mengadakan kenduri. Isteri saya ada terdengar anak cikgu Ya baru saja melahirkan anak, mungkin beliau mengadakan kenduri kesyukuran - atau istiadat bercukur.

Ustaz berceramah berkata :
Kita mendapat pahala bila kita memberi makan orang-orang alim.

Andaian saya buat :
Disebab itulah dia tidak menjemput saya untuk menghadiri kenduri di rumahnya kerana saya dikategorikankan sebagai orang yang tidak alim. Beberapa minggu kebelakangan ini saya jarang menemui cik gu Ya di surau. Mungkin sibuk dengan kelahiran cucunya yang terbaru. Tetapi walaupun saya bertemu dengannya dia memalingkan mukanya ke lain ketika bersalaman dengan saya selepas solat. Mungkin kerana saya tidak alim atau saya tidak mengisi borang keahlian PAS.

Apa yang saya telah buat ? :
Telah 4 kali saya berkenduri sebelum ini. Yang alim pun saya jemput, yang jahil pun saya panggil.


...dipenghujung jalan...
mohon diberi ruang untuk mengeratkan persaudaraan seagama.

Sunday, July 4, 2010

Dah 3 bulan.

Maaf kepada sesiapa yang terjumpa blog saya ini kerana hari ini baru saya terjumpa kat mana saya nak menulis entri ke 2 saya. Blog saya sebenarnya (Guru Besar Pencen) berada di WPress. Blogspot ini sebagai percubaan saya untuk menghasilkan coretan di sini kerana saya lihat blogspot rakan-rakan lain di sini dilakar dengan begitu ceria sekali.

Saya akan cuba sekali lagi... rupa-rupanya kena buka blogspot orang lain dulu, kemudian masukan e mail google adress kemudian ianya akan keluar tempat yang saya sedang menulis ini. Betul ? Sesiapa yang pandai tolong bagitau saya ye... !

Nanti saya cuba sekali lagi untuk mahirkan.

Saturday, March 27, 2010

Membina idea di Blogspot

Semua semacam santai sahaja bloggers Blogspot. Dalam kebanyakan lilauan saya didapati banyak bloggers menggunakan Blogspot sebagai gelanggang penulisan mereka. Lama kelamaan saya berminat untuk berada bersama blogspot.

Ketiadaan semua isi rumah keluar makan angin, saya gunakan untuk berhadapan dengan kesempatan yang ada di depan komputer. Ke sana sini bersantai di blogspot yang berkecamuk di paparan screen usang di bilik anak saya.

Kesempatan 'sepi' tanpa cucu (sentiasa melakukan amukan sumbang mereka) yang telah bersama makan angin dengan ibubapa mereka, saya sempat sedikit-sedikit belajar di blogspot ini. Seronok juga pencen2 ni menghabiskan masa selain dari :

www.gurubesarpencen.com dan saya kena belajar dengan: nurzamanonline.blogspot