Sunday, July 18, 2010

di takdirkan dan meredhakan...

Setiap kali saya mendengar pengajian, setiap kali saya mengakurkannya. Sambil ustaz berceramah, saya mengimbaukan kenangan lalu yang sudah lebih setengah abad + satu dekad. Semua kata-kata ustaz benar belaka, baik belaka dan sesuai belaka juga pastinya semua boleh dan kena / mesti pakai guna. Maka teringat perkataan 'taqwa'

Setiap kali khutbah Jumaat dibacakan, perkataan 'taqwa akan di sebut. Rupa-rupanya terjemahan perkataan 'taqwa' itu amat mudah... merendah diri. Diarahkan kepada kita untuk "merendah diri"

Sepanjang ingatan saya, saya jarang meninggi diri. Saya selalu merendah diri. Yang saya pasti, sikap itu telah menjadikan saya mempunyai ramai kawan dari lapisan yang paling rendah hingga ke lapisan masyarakat dan adik beradik yang tinggi - martabatnya. Kadang-kadang ada yang marahkan saya kerana sikap itu. Tetapi, saya akan selalunya begitu.

Sikap merendah diri itu menyebabkan saya selalu keletihan dan kepenatan kerana menjalankan tugas yang bukan tugas saya seperti mencuci pejabat saya sendiri, melakukan kerja dan tugas sendiri walaupun mampu untuk meminta rakan yang berjawatan di bawah saya melakukannya.

Betulkah itu 'taqwa' namanya ? Itukah yang dimaksudkan taqwa? Adakah 'taqwa' begini diterima Allah ? Adakah dengan saya membasuh pakaian dalam saya sendiri pada setiap kali saya masuk mandi di bilik air - tanpa menyuruh isteri saya melakukannya itu satu taqwa ?

...di hujung perjalanan ... tetap akan melakukan sebegitu, saya tidak mahu mengubahnya.. maafkan saya !.

No comments:

Post a Comment