Friday, July 9, 2010

Kenduri untuk yang alim

Buka pintu pagi ini kelihatan ramai jiran setaman berpakaian rasmi ibadat berjalan ke sebuah rumah yang terlindung dari pandangan saya. Saya mengagakkan bahawa rumah cik gu Ya mengadakan kenduri. Isteri saya ada terdengar anak cikgu Ya baru saja melahirkan anak, mungkin beliau mengadakan kenduri kesyukuran - atau istiadat bercukur.

Ustaz berceramah berkata :
Kita mendapat pahala bila kita memberi makan orang-orang alim.

Andaian saya buat :
Disebab itulah dia tidak menjemput saya untuk menghadiri kenduri di rumahnya kerana saya dikategorikankan sebagai orang yang tidak alim. Beberapa minggu kebelakangan ini saya jarang menemui cik gu Ya di surau. Mungkin sibuk dengan kelahiran cucunya yang terbaru. Tetapi walaupun saya bertemu dengannya dia memalingkan mukanya ke lain ketika bersalaman dengan saya selepas solat. Mungkin kerana saya tidak alim atau saya tidak mengisi borang keahlian PAS.

Apa yang saya telah buat ? :
Telah 4 kali saya berkenduri sebelum ini. Yang alim pun saya jemput, yang jahil pun saya panggil.


...dipenghujung jalan...
mohon diberi ruang untuk mengeratkan persaudaraan seagama.

3 comments:

  1. salam gbpencen. syukur DIA telah menunjukkan tandanya. orang yang alim tidak akan menyebut dirinya alim. alim pada dia mungkin tidak pada kita dan begitulah sebaliknya...ek..ek..boleh dia pilih..pilih pulak. bukankah jiran adalah saudara kita yang terdekat...tak pe gbpencen...usah ambil hati dengan sikap orang yang begitu...banyak kurangnya tu...happy kan diri dengan mereka yang terima kita...no hal la diaorang tu....

    ReplyDelete
  2. kena jelas maksud alim tu mcm mana...alim tu dalam bhs arab dr pekataan 'ilm kan? jd org yg berilmu....org berilmu pulak takrif nya mcm mana...huhu panjang tu kalau cikgu huraikan pd si dia

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas komen anda :

    Kesilapan mungkin dari saya jua kerana saya tahu tiada seorang pun yang perfect termasuk saya.

    Sebagai pengubatnya, saya perlu meningkatkan keazaman untuk terus membetulkan diri saya.. semoga suatu hari nanti, di hujung jalan semua perlakuan saya di redhai.. tolong doakan..

    terima kasih.

    ReplyDelete